Thursday 10 November 2016

Tips How To Do Garlic Steam and Percussion to relieve Flu and Cough – Tips Legakan Selsema dan Batuk Anak Dengan Stim Bawang Putih dan Tepuk Percussion

Haiiii..its been a while right..ya allah banyak sangat yang nak cerita sebenarnya..tapi bila tengah  buat entry tetibe bukak tab baru buat entry baru sebab macam eh ni macam boleh jadi entry baru..lepas tu semua dalam draft..saya janji akan siapkan semua draft and publish..anyway hari ini nak cerita tentang cara saya atau tips saya dalam melegakan selsema dan batuk anak dengan stim bawang putih dan tepuk percussion..

Apa itu stim bawang bawang putih or Garlic Steam?

Untuk pengetahuan semua, bawang putih ni adalah antibiotic semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang dalam mempertingkatkan system imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat,virus

Bawang putih juga menghalang alergi di mana ia mempertingkatkan penyakit berkait system imun seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selsema, hepatitis.


Macam Mana Nak Buat Stim Bawang Putih?

  • 5 atau 6 biji bawang putih ditumbuk. Tumbuk kasar sahaja jangan lumat.
  • Letak air panas dalam besen. Besen yang diperlukan bergantung kepada umur anak. Kalau anak dah besar umur 3 4 tahun perlukan besen besar. Kalau anak newborn, saya guna bekas icecream color biru tu je. Tak ingat brand ice cream apa.
  • Letak 2 titik minyak kayu putih kedalam air panas.
  • Letak bawang putih yang di tumbuk tadi.
  • Pakaikan speck pada anak seperti yang dipakaikan kalau anak kena jemur bawah lampu phototheraphy. Wajib tutup mata anak ye sebab wap tu pedih.
  • Pangku, riba anak berdekatan dengan besen.
  • Kalau anak dah besar, boleh tutup kepala anak dengan towel atau napkin supaya wap tidak keluar.
  • Kalau anak newborn, macam yang saya buat hari tu, tak payah tutup dengan towel.
  • Buat sampai hilang wap panas.



Tepuk Percussion.

  •        Sambil riba anak di sebelah garlic steam, boleh tiarapkan anak dan tepuk belakang badan anak dengan perlahan.
  •       Tapak tangan di bengkokkan sedikit biar berongga semasa menepuk belakang badan anak.





This is what I did masa anak dalam pantang.. masa tu belum pun sebulan..anak tak batuk pun, selsema pun tak tapi ada bunyi macam selsema..bila intai dalam hidung clear je..then nurse bagitahu kemungkinan lendir semasa lahir tidak disedut habis so ada yang tertinggal..

Takpe, jangan panic..jadi mak-mak tak boleh panic :p .. panic la sekejap then mak cakap normal je tu, jangan risau.. so bermulalah google here and there..and I found the way..tepuk percussion and garlic steam..

Alhamdulillah sangat lepas buat garlic steam and tepuk percussion tu keluar lendir melalui hidung..keluar sikit-sikit then saya kait dengan cotton bud sisa-sisa yang ada dalam hidung. Guna cotton bud yang kecik tu ye jangan guna yang besar..rabak hidung anak yang baru lahir tu karang..haha..and dalam 3 hari macam tu keluar lendir banyak gila melalui stool..like banyak and bertali..after that my daughter bebas dari bunyi-bunyi tu..tidur pun selesa dah..

10 months later..

Anak saya demam buat pertama kalinya..sepanjang dia lahir dia sangat sihat..Cuma jaundice sahaja..and sebab tak pernah sakit, bila first time demam, hancur luluh hati saya tengok keadaan dia..panas, bibir kering, merengek, sama macam bila kita demam..

Malam tu saya potong bawang dan letak dipenjuru bilik untuk menghalang pembentukan bakteria dan hama..esok tu saya mandikan dengan lemon bath..anak taknak mandi so saya bawakkan didi and friends kedalam toilet..rasuah dengan didi..berendam dengan air suam dan lemon..sepanjang masa demam jugak saya pakaikan lemon socks pada kaki anak.

Alhamdulillah berkurangan dan 5 hari selepas tu sihat seperti sediakala..2 hari lepas tu gigi pertama pun menampakkan diri..demam nak tumbuh gigi rupanya..haha

Anyway saya nak share tips sy masa anak flu and demam..saya percaya semua mak-mak mesti panic tapi kita will do our best for our children..insyallah menjadi tapi semua dengan izin ALLAH..

Kita pun even dah tua bangka ni sangat lah elok amalkan bawang putih..nak senang and murah and natural boleh je pergi dapur and makan bawang putih tu mentah..tapiiiii berapa kerat je yang mampu kan? Saya pun tak mampu..haha..sy suggest ambillah Garlic Shaklee untuk pemeliharaan kesihatan yang optimum..

Antara benefit Garlic Shaklee adalah

1.       Mengandungi spearmint – increase system penghadaman, fungsi jantung
2.       Antibiotic semulajadi
3.       Menghalang alergi
4.       Mempertingkatkan system penghadaman
5.       Menurunkan tekanan darah tinggi
6.       Detoksifikasi – mengeluarkan toxin dari badan
7.       Menurunkan kolestrol
8.       Mencegah kanser
9.       Menstabilkan glukos

Seeee tak susah kan untuk kita menjaga kesihatan demi yang tersayang?

Untuk consultation and harga boleh hubungi saya..nak borak-borak tentang kesihatan, anak or Shaklee pun boleh..insyallah saya bantu sedaya upaya dalam menyelesaikan masalah korang.

Farah Liana
0179064214


No comments:

Post a Comment