Sunday 13 November 2016

Tips Masak Makanan Baby Semasa Travel

Hai..Assalamualaikum semua..saya nak share cara saya bawa anak saya yang masa tu 6 bulan travel dari Penang ke KL…jangan gelak okay..mesti korang ingat travel ke benua Eropah kan…haha..tak lah..tak sejauh itu..tapi travel tetap travel kan..be it in the country or outside the country..hence the entry Tips Travel Bersama Baby..

Antara tugas husband saya adalah attend meeting antara region..pasal apa semua tu tak payah lah kita tahu..haha..so saya being a good wife :p memang follow dia pergi mana-mana..kenapa follow? Sebab takkan kita nak tinggal kat rumah lama-lama kan sedangkan kita boleh jalan-jalan..haha..

Selalunya meeting mesti di KL sebab tu center lah kot..semua orang akan berjumpa di KL..Usually kiteorang stay di hotel yang sama dengan venue meeting..but sometimes tukar hotel jugak sebab kiteorang akan tengok tempat jugak..contohnya saya senang tak nak makan bila husband takde.. so bila husband meeting, tinggal lah saya dengan Eryna..

Hal makan saya tak payah lah kita cerita di sini okay..


Macam mana saya uruskan hal makan eryna?

1. Saya bawak segala jenis makanan yang dah pass 4 days rule – yang tahan lama
a.       Beras yang telah diblend
b.      Oat
c.       Carrot
d.      Pumpkin
e.      Serbuk bilis
f.        Serbuk ayam
g.       Apple
h.      Sweet potato

2. Saya bawak slow cooker
3. Saya bawak cutlery and plate and bowl – ni semua untuk eryna..ibu and ayah punya memang tak bawak lah..haha
4. Pisau – sangat menyenangkan untuk saya kupas and potong buah

Makanan Eryna yang saya bawak mestilah yang tahan lama sebab walaupun di hotel ada fridge tetapi senang kalau kita menyenangkan diri kita untuk tidak kelam kabut mencari makanan yang baru if yang sedia ada dah tak boleh dimakan..

Setiap makanan itu saya potong siap-siap and simpan dalam bekas yang kecik..saya guna bekas hadiah kahwin..contohnya carrot and pumpkin memang saya potong and hiris nipis-nipis..apple tu nak makan baru korang kupas…jangan buat macam carrot and pumpkin pulak..sebelum travel saya akan blend beras and buat serbuk bilis homemade untuk Eryna..serbuk ayam saya beli sebab tak tahu nak buat macam mana..

Serbuk bilis and serbuk ayam letak siap-siap dalam bekas yang boleh kita renjis-renjis je terus keluar..nama omputih is salt and pepper shaker..so takde lah nak kena cari sudu pulak nak cedok letak dalam bubur..saya guna Tupperware hadiah kahwin jugak..haha..


Macam mana saya masak makanan Eryna?

1. Malam sebelum tidur saya on slow cooker on slow peak..
2. Campur semua bahan yang kita nak makan..contoh nya esok nak makan bubur+carrot..so letak beras + carrot and sufficient water..
3. Esok bangun je siap dah..tak payah nak pening kepala nak kena bangun kacau bubur takut hangit..
4. Sebelum makan, campur serbuk bilis then boleh suap dah..

Ni slow cooker yang saya gunakan..very affordable and cute..kalau besar gabak mau kena marah dengan husband sebab tak muat kereta..haha



Ni pulak Tupperware renjis-renjis dipilis untuk serbuk bilis and ayam..



Ni bekas cute untuk letak carrot, pumpkin, sweet potato..sangat bagus bekas ni..ada banyak with 3 sizes..sekarang saya guna untuk letak bone broth Eryna dalam fridge..





Im very sorry sebab takdak gamba original because saya bukan lah seorang yang suka sikit-sikit snap picture..and lagi satu sebab tak tahu lah pulak nak ada blog ni..haha..anyway lepas ni I will make effort to capture any pictures that related to tips and things that can be shared..

And of course lah si ibu iaitu saya kena kekal cergas all the time..apa lagi..Shaklee lah penyelamat..saya tak bawak lah all bottles..saya letak dalam pill box bekalan untuk berapa hari saya travel..very easy peasy..


I think that’s about it..nanti ada tips lain saya share lagi ok..

Nak borak-borak pasal baby or other things just roger ok..

Farah Liana
0179064214

No comments:

Post a Comment