Monday 17 October 2016

Resepi Chocolate Cheese Berhantu Yang Senang Giler

Assalamualaikum people..saya ni sebenarnya dah berapa hari rasa nak makan cake chocolate cheese berhantu.. ari tu dah buat 2 kali..itu pn sebab family saya beraya haji di sini.. and sebab yang paling utama is ada orang yang tolong layan eryna..haha..kalau saya dengan eryna je kat rumah, jangan harap la boleh bercake ke berkuih ke hatta cheesekut yang paling senang n cepat siap tu pun tak dapat buat..

Hari tu masa first time buat, tak sampai setengah jam dah abeh separuh cake..seronok betul bila tengok orang lain makan apa yang kita masak kan..rasa di appreciate sangat..Seminggu lepas tu buat lagi skali sbb mmg terasa nak makan lagi..tup-tup kebetulan mother n father in law dtg..adik ipar pun dtg..so seronok jugak sbb ada orang datang and makan-makan..

Ni yang the first cake



The second cake tak snap pun..haha


Resepi yang paling senang and menjadi sebab tak payah nak timbang..saya guna measuring cup yang colorful tu..kat D.I.Y kalau tak silap RM4 kot ke 3.90 camtu..


Chocolate Cheese Berhantu


Bahan-bahan

A
2 biji telur
3/4 cawan gula
1 sudu kecil vanilla essence
1 sudu besar ovallate 

B
1/2 cawan susu coklat
1/2 cawan butter cair

C
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil garam
1/4 cawan air panas

Cara-cara
1. mix A sampai gebu
2. + B
3. + C dalam adunan guna whisker je. Air panas tu tambah last sekali.
4. Bakar guna method baine marie 170 celcius api atas bawah for 50 minutes +-


Cream Cheese 
250 gram cream cheese
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan whipping dairy / susu cair

-mix semua sekali sampai sebati.


Chocolate Ganache
1 1/2 cawan whipping dairy
1 cawan coklat masakan
2 sudu besar butter

-panaskan whipping dairy + coklat + butter.


cake tu belah 2. selang selikan dengan cream cheese and chocolate ganache. 

cake --cream cheese --Chocolate ganache --cake --cream cheese -- chocolate ganache


senang gila kan..makan pun puas hati sebab dapat sebijik cake..kalau beli memang xpuas la sbb dapat sikit je.. hari tu suami boleh mintak cake ni padahal dah lama abeh..haha

haih bila la nak buat nihhhhh

No comments:

Post a Comment