Tuesday 10 October 2017

5 Petua Kencing Manis Yang Selamat Di Amalkan

Assalamualaikum everybody. hai hai. seminggu ni kita cerita pasal kencing manis ye or nama kampungnya diabetes haha. Ok hari ni kita cerita pasal petua petua apa nak buat bila kita ni memang sah sah dah ada kencing manis. dont get me wrong, ni petua takda pun membelakangkan perubatan modern. Ni semua pun dari kajian kajian clinical yang di published dalam high impact journal. dah jom cekidaut 5 Petua Kencing Manis Yang Selamat Di Amalkan.

Dedulu kan farah wonder apa pasal la nama sakit ni kencing manis. Lepas tu nak jadi cerita pernah nampak semut banyak kat toilet bowl kat rumah. Toilet bowl bersih je tapi napa ada semut hurung. Tanya mak, mak cakap tu ayah la tu agaknya. Kencing manis memang gitu. And then I was oooo patut la nama kencing manis. Memang manis pun hahah


1. Peria Katak / Bitter Gourd


Peria katak sangat famous di gunakan dalam rawatan kencing manis di China, South America India 
dan lain lain. Kajian perubatan yang dijalankan ke atas tikus yang ada kencing manis, lepas di suntik dengan extract dari peria katak ni, ada keputusan positive. Tikus tadi menunjukkan yang badan ia dapat suppress glucose tolerance and absorb carbs.
Macam mana nak masak peria katak ni? Boleh refer post 5 Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional Simple and Sedap yang lepas k. Senang je nak jumpa peria katak ni kan. Kat pasar insyAllah ada. Tak pun jom lah tanam sendiri hehe


2. Patawali / Tinospora Crispa



Patawali sangat pahit. Agaknya dah memang syarat kalau pahit tu memang lah sesuai jadi ubat hehe. Batang patawali menggerutu di sepanjang batang. Banyak benefit patawali antaranya merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinggi, kencing manis and more. Tapi ni kita cerita bab kencing manis je ye. Mengikut research yang dah dibuat, ekstrak dari air patawali ni, dapat menurunkan glukosa dalam darah. Ni bukan syok sendri punya kajian tau even FRIM pernah buat project tanam Patawali di Maran. Punyalah banyak khasiat dari pokok patawali ni. Untuk kencing manis, rendam batang dalam air and then minum.


3. Gaharu / Agarwood



Gaharu atau nama mat saleh nya Agarwood adalah pokok yang famous dengan resin dan minyak. Tapi ramai tak tahu yang daun pokok gaharu dah digunakan dalam rawatan traditional untuk merawat penghidap kencing manis selama berkurun lamanya di china. Ekstrak dari daun gaharu mempunyai anti-inflammatory properties dan hasil kajian dapat menurunkan paras gula dalam darah yang dapat 
menyamai insulin.


4. Halba / Fenugreek



Halba or nama glamour Fenugreek membantu menurunkan paras gula dalam darah dengan melambatkan pencernaan dan penyerapan carbs. Several clinical trials menunjukkan yang halba dapat membantu sesiapa yang mempunyai metabolic syndrome dengan menurunkan paras gula dalam darah and meningkatkan toleransi glucose. Apa tu metabolic syndrome? Metabolic syndrome terjadi bilamana faktor yang berisiko seperti obesity and insulin resistance berlaku. Kalau ada metabolic syndrome ni boleh meningkatkan risiko untuk jadi diabetes type 2.

Senang aje macam mana nak guna, its either tambahkan halba dalam masakan or minum as tea.  


5. Bendi / Okra



Bendi paling senang nak cari. Haha kat pasar banyak supermarket pun banyak. Bendi dapat mengawal paras gula dalam darah. Okra or bendi mengandungi potassium, Vit B, Vit C, Folic Acid and calcium. Rendah kalori and tinggi fiber. Perghhh patut lah di panggil superfood. Mengikut kajian air yng direndam bendi dapat mengurangkan level gula dalam darah tikus yang ada kencing manis. Dedulu pernah mak rendam bendi dalam air and ayah minum. Bila rasa sikit, takdak rasa pape pun so boleh jela nak telan. But kita ni kan selalu di momokkan ubat mesti tak sedap so belum rasa lagi dah euwww kahkah


Setiap petua yang farah kasi ni semuanya based on published research dalam journal high impact. Bukan semata google and ada orang cakap macam ni ada orang cakap macam tu. Tak mau la kan nanti orang lain dapat keburukan dari apa yang kita share. Semoga ni jugak dapat jadi jambatan pahala untuk farah bila orang lain dapat manfaat.


But pape pun please always consult your physician sebab mereka lagi arif and saksama ehhh. Haha. And korang kena ingat jugak yang all these alone tak dapat bantu merawat secara maksimum. Okeh syabas mere betey. Nak siapkan entry ni makan hari. Satu sebab baca research pastu jot down. Pastu sebab yang paling utama haruslah ada askar yang dengki aje tengok kita buat kerja. Haha till next time.


If korang ada pertanyaan or nak order produk Shaklee, just contact me at
Farah Liana
Shaklee ID: 1096136
Instagram: Farah Shaklee Bangi
Contact No: +60179064214
Pos Seluruh Malaysia and Seantero Dunia
COD : Bangi, Bangi Avenue, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota


Untuk mendapatkan manfaat penuh dari Produk Shaklee, pastikan anda mendapatkannya dari kami kerana dengan pengetahuan produk yang diperolehi dan pengalaman selama 20 tahun dengan bimbingan oleh doktor berpengalaman dan pakar nutrisi menjadikan kami berbeza berbanding Pengedar Shaklee lain.
Anda boleh mendapatkannya dengan lebih berbaloi diiringi consultation exclusive dari pakar nutrisi Shaklee dengan mendaftar sebagai Ahli Shaklee . Daftar Ahli Shaklee untuk mendaftar dan membeli Produk Shaklee pada harga ahli yang sangat menjimatkan .
Dapatkan dari Pengedar Shaklee #SuperStarzFamily bagi memastikan anda mendapatkan Produk Shaklee anda dari Pengedar Shaklee yang benar-benar terlatih secara professional.

No comments:

Post a Comment