Hai…boleh tak nak luah perasaan sikit..boleh ke beli Shaklee dengan harga ahli kalau saya taknak register ahli? jawapan nya tak boleh sayang-sayang..harga untuk bukan ahli adalah harga tetap yang telah ditetapkan oleh Shaklee di mana setiap ahli
diwajibkan untuk menggunakan harga ini bagi pelanggan yang tidak bergelar ahli
Shaklee..
Barang sesiapa yang menjual harga ahli kepada bukan ahli, mereka
telah melanggar peraturan yang telah di tetapkan..jangan buang harga kerana itu
telah melanggar etika..
Jangan persoalkan tentang bonus, untung retail dan sebagainya
jika korang sendiri menolak untuk menjadi ahli..korang rasa rugi tetapi cuba
letakkan diri korang di tempat saya..
Saya membahagikan masa antara keluarga, kerja dan Shaklee
Saya meluangkan masa setiap hari mengupdate blog
Saya memastikan diri consistent melakukan proses marketing di blog,
FB, IG
Saya meluangkan masa belajar produk dan fungsi setiap produk
untuk membolehkan saya mahir dalam menyelesaikan masalah customer yang pelbagai
Saya membuat kerja-kerja Shaklee semasa korang sedang lena
diulit mimpi
Saya berusaha merubah diri saya
Saya mencari rezeki yang halal untuk keluarga saya..saya
berusaha dari bawah..
So sekarang ni anda yang tamak atau saya?
Kadang sedih sangat sebab kita semangat buka buku nota kita tentang fungsi and kesesuaian produk, kita cerita dari hati..tapi yang di reply nya "takpe lah tak jadi beli..saya dah jumpa orang jual harga ahli dengan saya tak payah jadi ahli pun"
takpe Farah Liana, rezeki tak pernah salah alamat..Allah nak bagi yang lagi terbaik dari ini..
But all is well..jangan layan kesedihan itu sebab lagi banyak benda yang happy jadi dalam hidup kita..much love..
Dulu saya jadi ahli pun sebab saya nak beli dengan harga ahli..and then end up jatuh hati dengan Shaklee..saya jadi lebih sihat..kulit pun lawooo..haha..perah santan sikit la ye..
Farah Liana
0179064214
No comments:
Post a Comment